October 16, 2011

Tak Paham Gua!!

lu orunk pernawh tark tengowk budax-budax sekrunk tulis mesej macam niew?apew bendew fesyen tuwlis mewsej mcam niew?gua nak bacew pown susarh..lu orunk rasew apew motif diorank tulis sampay mcam niew punya tewruk??gua kudunk-kudunk sampay tax paham dan penink nax bacew tulisan yunk macam niew..nampak tomey kew babe??WADEPAK!!rilek-rilek tak boleh ke??~

anyway, masa gua tengah...kalau blog, orang panggil blogwalking kan..kalau video?erm...okay..gua panggil Vlogwalking on youtube..gua sambung..masa gua tengah vlogwalking, gua ada jumpa satu Vlog from saudara Anwar Hadi yang dimana vlog beliau ada kaitan dengan post gua untuk kali ini...ianya berkenaan trend budax-budax budak-budak sekarang tulis mesej..WADEHEL~

lu orang tengok lah sendiri...

Google Translate FAIL!! #2

FAIL!!



Invention Yang Super Ohsem!!

gua nak tunjuk kat lu orang semua pasal satu invention yang tengah up sekarang ni..benda ni member(apek) gua yang canang dekat gua..gua rasa benda ni macam lame gila..gua rasa siapa yang main benda ni mesti cuak dan takde skill yang cukup power..haha..gua tipu je..benda yang gua maksudkan adalah Kitara-Misa Digital Guitar.. what is it?its an experimental new instrument, similar to an electric guitar in shape, but with an interface designed to easily and intuitively control digital audio.sebenarnya gua nak buat confession..gua rasa...benda ni...tersangat-sangat lah ohsem!!bagi gua..benda ni akan memudahkan cara permainan gitar pada masa akan datang..gua dah cakap dah dengan lu orang semua..teknologi memang bagus dan memalaskan manusia kan!!!ini adalah sedikit interface bagi invention tersebut..gitar eletronik ini dicipta oleh syarikat Misa dari Jepun..









dan sedikit demo bagaimana nak main gitar tersebut..





yang lain, lu orang search dekat youtube ye...

Blog Or Vlog?

gua rasa lepas ni gua akan still blogging sampai gua tak larat lagi dan gu nak menceburi satu bidang baru iaitu bidang vlogging...sejak dua menjak ni, gua tengok konsep vlogging ni macam best jugak..tapi gua ingat gua takdelah vlogging macam Mat luthfi dengan Maria Elena or Amanwan tu..

huh?!

lu orang tak kenal siapa diaorang tu?lu orang tak tau apa itu vlog??lu orang tak tau ke yang gua diaorang ni antara vlogger dan blogger yang femes???lu orang ni memang teruk..

okay..sekarang, gua nak bagitaw apa itu "vlog"..


okay..dah tahu apa itu vlogging?sekarang ni gua nak tunjuk sample vlogging dari Mat Luthfi, Maria Elena dengan Aman Wan..

Mat Luthfi

Maria Elena

Aman Wan

mungkin gua tak akan buat video macam diaorang..mungkin gua akan buat cover lagu je..*just dreaming*..there's many more Malaysian vlogger that i didnt mention like Anwar Hadi or Fatin Fadzil..gua malas nak tulis banyak-banyak..lu orang search sendiri..okay..=D

ARGHHHH!!!!

Its a long time since my last post..lama gila gua dah tak update blog..haha..

Hari ni gua nak bagi satu resepi kat lu orang..resepi ni gua dapat secara tak sengaja tau..okay..cerita dia bermula macam ni..

Satu hari, gua baru balik kelas..tengah penat-penat ni, gua terus attack tudung saji kat dapur..sebenarnya gua dah lama dah usya tudung saji tu..dari atas motor lagi otak gua dah melayang-layang memikirkan asam pedas ikan pari yang ada kat dalam tudung saji tu..

okay..gua sambung..

sampai je kat rumah, gua terus tak ambil masa banyak..gua terus ambil chance..tudung saji biru yng tertutup rapi gua buka..perasaan hampeh yang gila babi punya hampeh tiba-tiba timbul dalam benak hati ini..gua menjerit dalam hati kecil gua ni..

"ARRGHHHHHH!!!!!"

tension nya rasa apabila balik rumah takde makanan bawah tudung saji??yang ada cuma satu pinggan chicken chop dengan satu gelas susu je?! satu plastik roti vanilla dengan satu mangkuk sardin je?!

gua punya bengang..gua terus letupkan plastik roti tu..gua carik sikit roti tu..gua cecah dengan sardin..gua makan..

"....................................."

gua speechless..gua tak taw nak sambung apa lagi..#kbai


+++

August 22, 2011

Aduh..

Sekarang gitar gua dah rosak. Bunyik dah macam shit. Apa gua nak buat ni? Dalam masa-masa pikir tu, gua sebok main tamborine. Practice sikit-sikit. Mana taw Okestra RTM nak amek gua main dalam band.. kehkehkeh

August 21, 2011

GERSANG!!

Apa itu gersang?Ada apa dengan gersang?Best ke kalau gersang?weh weh weh, dah dah.. Lu orang jangan nak fikir-fikir yang bukan-bukan dengan entry gua kali ini..

Sebenarnya kali ini, setelah sudah lama mendiamkan diri, gua nak tulis satu entry pasal Gersang. Maksud gua Kumpulan Rock sekitar tahun 88'. Takkan lu orang tak kenal dengan kumpulan Gersang? Kumpulan yang dahulunya popular dengan lagu Suratan Takdir dan Masih Gua terasa,, Maksud gua, Masih Aku Terasa. Bila dah biasa bahasakan diri ini sebagai gua-lu, kadang-kadang tersasul jugak.

Kumpulan Gersang ditubuhkan pada tahun 1981 yang kemudiannya popular sekitar tahun 1988, telah dianggotai oleh lima orang anak remaja (masa tahun 88' tu remaja la) dari Johor. Budak-budak gersang ni dah duduk bawah naungan pengurus Rahim Othman dan naungan BMG studio (masa tu PMC) start dari first album dia orang lagi. Sampailah kumpulan tersebut dibubarkan pada tahun 1990. Gua taknak cerita panjang, gua nak cerita apa yang jadik dekat group ni.

Masa first-first kumpulan ni ditubuhkan, mereka ni tiada penyanyi. So, macam mana cerita ntah Man bai boleh join group ni. Masa mula-mula join dulu, group ni lah antara kumpulan Rock melayu yang membawakan lagu-lagu lentok jiwang sedangkan pada zaman tersebut, lagu-lagu rock kapak tengah up! Kumpulan yang tengah betul-betul naik masa tu adalah kumpulan Wings dengan Search.

So, peminat memang tak suka lah dengan kumpulan Gersang ni. Pernah diceritakan satu masa dahulu, masa kumpulan Gersang ni tengah buat show, mereka telah dibaling dengan telur busuk, batu oleh pengunjung yang hadir masa tu. Bila gua tanya dekat orang ramai pasal peristiwa ni, ini antara respon mereka..

"Kumpulan Gersang kena baling telor masa tengah buat show dekat Taman Tasik Taiping,,album kumpulan Gersang cuma ada 2 je lagu yang best..sebab tu orang marah!!" - Kamal, Parit

"Muzik kumpulan Gersang ni mat rock tak berapa boleh terima,,tambah-tambah lagi diaorang nyanyi lirik yang jiwang-jiwang karat macam Masih Aku Terasa dengan Suratan Takdir..mat rock mana boleh terima lirik macam tu?lagi-lagi bila disuruh nyanyi beramai-ramai.." - Borhan, Merlimau

"Memang laa..masa tu Gersang memang jadi pujaan gadis-gadis remaja. setiap ahli kumpulan ni ada rupa..macam Man Bai..hensem woo..dan kebetulan jugak lagu-lagu yang diorang bawak memang lentok jiwang karat..cair la hati awek-awek ni..mat rock pulak tak suka jiwang-jiwang karat ni, apa lagi, pakat la ramai-ramai tak suka kumpulan ni. Tapi yang mat rock-mat rock bengang dengan Gersang ni pasal mereka dah buat satu fenomena baru dan awek-awek banyak tergilakan diaorang.." Aisyah, Tampin


Macam tu lah antara feedback yang gua dapat. Kat sini, gua ada selitkan satu video macam mana Manbai nak masuk kumpulan Gersang dulu.. Ye-ye je ni? HAHAHAHA

Amacam?


Sumber wikipedia dan Youtube

August 13, 2011

Armada - Wanita Paling Berharga

aku baru jumpa lagu ni. kepada yang berkenaan. Layanlah,

August 11, 2011

Mak!! Im On...Err...Im On Online Newspaper!!

Ini Baru Real..Gua haritu lupa nak cerita pasal gua kena interview dengan reporter dari Berita Harian..Masa gua tengah bersorak-sorak panggil nama Safee Sali dengan Amirul Hadi, brader sebelah gua dah pandang gua hampeh je..sampai je Safee Sali masuk dalam restroom, brader tu terus cakap nak blah..gua siap-siap salam dia, lepastu sambung balik bersorak walaupun lampu didalam stadium sebahagiannya telah ditutup. Mana tak nya, semangat gua masih tengah up tengokkan team Ultras Malaysia masih lagi bersorak..


Habis je interview, gua terus keluar beli air 100 plus 3 cawan..penat siak!

August 8, 2011

Pagi Ini...

Pagi tadi gua tak pergi kelas. Gua tak pergi kelas sebab gua terlajak tidur.. Itu adalah situasi normal bagi seorang student macam gua ni. Lantas gua berfikir untuk mendapatkan sekeping Medical Certificate yang boleh membantu gua tentang perihal masa depan. Gua bersiap untuk ke klinik kesihatan terdekat. Dalam masa bersiap tu, gua sempat memikirkan alasan yang munasabah untuk diajukan kepada doktor.

Dalam perjalanan gua pikir lagi...

Dah sampai di klinik pun gua masih lagi berfikir alasan yang sesuai untuk diberikan kepada doktor.



***

Masa dekat dalam tu, gua buat muka rilek je sampai la doktor tu tanya gua..

"Kau sakit apa ni mat?"

dengan selamba gua jawab..

"doktor, gua rasa, gua ni ada penyakit insomnia lah..malam susah sangat nak tidur.."

Doktor tu pandang gua slack. Gua buat muka tak tahu apa-apa. Dia keluarkan surat MC tulis nama gua, bagi gua ubat siap-siap. Masa gua keluar, dia still lagi buat muka stress macam tu. Apa teruk sangat ke jawapan gua?

Rumah Saya Telah Diserang Oleh...!!

Kejadian ini berlaku semalam.

***

Gua sedang leka melayan fesbuk di hadapan notebook kecil di atas katil, gua asyik memerhatikan profile picture awek-awek yang cun dekat dalam fesbuk tu. Bagi gua, kerja memerhati profile picture fesbuk orang ni memang dah jadi rutin. Sampai member gua cakap gua ni seorang 'stalker' yang tegar. Mana yang cun, gua add jadi friend. Mana muka budak laki yang bajet-bajet K-POP ataupun kumpulan M-POP VIP dekat Malaysia ni, semua gua maki. Kenapa nak sebok samakan budaya Korea dengan budaya kita? be creative lah..HAHA..

Okay. Gua nak cerita tegak. Cerita dia bermula lebih kurang macam ni. Masa gua tengah sedap lepak layan lelong dengan fesbuk tu, masa ni gua tak boleh nyalakan rokok. Pasal gua ni jenis yang tak smoke dalam rumah. Even dekat rumah sewa gua dulu pun gua tak hisap rokok dalam rumah. Memang dah jadi prinsip gua untuk tidak menghisap rokok sewaktu di dalam rumah. Tiba-tiba, gua terdengar satu bunyi dentuman yang amat dasyat. Gua tertanya-tanya mana datangnya bunyi dentuman tersebut. Mulut gua terus lincah membacakan satu dua potong daripada ayat suci AlQuran. Gua pun tidak pasti apa yang gua bacakan. Barangkali surah-surah lazim di belakang AlQuran. Orang tua-tua kata, kalau takut bacalah ayat kursi. Tapi masa tu ayat kursi haram taknak keluar. Padahal gua dah hafal dah masa darjah tiga sekolah agama dulu. Tiba-tiba..

"PRAPAPAPAP!!"

 Bunyi itu terdengar lagi dan kali ini, bunyi itu mendatangkan symptom yang bahaya terhadap suasana pada malam tersebut. Ternyata...

"PAP!"

Bekalan eletrik dekat rumah gua  terputus.

"Gua dah lah duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Lagi lu nak main-main kan!!"Herdik gua dalam hati. Nak cakap kuat-kuat tak berani. HUHUHU

Perlahan-lahan gua nyalakan lampu pada telefon bimbit dan bergegas turun ke bawah untuk menghidupkan semula suis utama. Masa dalam perjalanan turun ke bawah, gua terasa bagai ada titisan cecair yang jatuh keatas kulit gua yang mulus ibarat Puteri Gunung Ledang ini. Wahhh!..Ehem..Orang tua-tua kata, kalau lu orang terasa ada titis-titis cecair yang jatuh mengenai lu orang dari atas, mungkin disitu terdapatnya kehadiran hantu balan-balan ataupun lebih mesra digelar hantu "Penanggal" di kawasan semenanjung Malaysia ini.

Gua jadi semakin takut. Langkah gua untuk turun ke bawah menjadi semakin pantas. Jarak 17 anak tangga menjadi semakin jauh sahaja rasanya. Padahal selalu tangga ini lah yang gua lompat tiap-tiap kali hendak turun makan.



***



Apabila sampai di bawah, gua masih tercari-cari panduan untuk ke dapur kerana di dapurlah terletaknya lampu suluh penguasa Bomba yang bapak gua dapat masa dia kerja Bomba dulu. Sekarang dia dah pencen. Gua dengan cerita lampu suluh tu boleh berfungsi masa dalam air. Tapi gua tak tahu lah cerita ni sahih ke tidak sebab gua pun masih belum cuba eksperimen tu. Gua takut kalau gua try nanti lampu tu rosak lah pula. Dah lah lampu suluh tu memang rare. Memang tiada jual di pasaran.

Masa gua sedang fokus mencari arah untuk ke dapur, tiba-tiba,,

"Man!..Man!!..,Man!!!.."

Gua terdengar ada suara yang memanggil gua dari ruang tamu. Perasaan gua menjadi semakin cuak yang gila babi punya cuak. Perasaan yang tadi tu gua boleh handle lagi. Tapi kali ni gua memang betul-betul cuak. Gua beranikan diri untuk mencari arah suara tersebut. Tiba-tiba gua terdengar lagi suara memanggil, lalu berkata:

"Man!..pergi amek kain lap dengan baldi kat dapur..hujan lebat gila babi ni..abes bocor siling..menitik air ni..cepat!kang banjir rumah kang sape nak kemas?ish..tak pernah aku kena SERANGAN hujan yang macam ni..sampai blackout..bocor pulak tu!!"

Gua nampak brader gua tengah sebok-sebok tadah air hujan pakai cawan yang dia guna tadi. Dalam masih ada baki separuh air oren yang dia minum. Muka hampeh bercampur serius. Gua malas nak betah kenangkan air oren dia tu. keh keh keh

Malaysia vs. Singapura-pura Second Leg Bahagian Dua

Sampai dekat luar stadium, sambil menyalakan sebatang rokok. Gua tanya dekat brader gua.

"Der, berapa lama nak tunggu ni?gua dah sangap nak tengok padang dah.."

Brader gua tengok buat muka tak tahu. Gua actually tak dapat tangkap apa yang difikirkannya. Gua syak maybe dia ada masalah dengan pihak FAM kerana pada zahirnya, tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil cuma boleh memuatkan seramai 80, 000 penonton sahaja. Tapi, secara visualnya, gua yakin yang hadir pada hari tersebut melebihi dari seratus ribu orang.

"Gila!",herdik gua..

Sambil menunggu di luar stadium, gua dah siap-siap beli burger empat bijik dengan air mineral satu botol. Buatnya gua gastrik dekat dalam stadium tu karang, dah menyasar nak cari makanan. Masa dekat luar tu, gua tertarik dengan satu brader ni. daripada gayanya, gua syak yang dia ni tengah mencari seorang dari membernya. Namanya "Aboy". Macam mana gua boleh tahu nama member dia "Aboy"? Ofkos la gua tahu. Sebab dari tadi dia asyik teriak nama tu. Gua ada syak jugak mungkin si "Aboy" yang pegang tiket dia. Hari ini gua penuh dengan rasa syak wasangka.


ni hah brader yang gua cerita tu..nampak kertas dia tulis apa?.."Aboy"

***

5 minit sebelum wisel mula ditiupkan, semua member brader gua dah gather dekat luar stadium. Semua dah ready nak masuk stadium. Tapi gua tengok dekat luar orang masih lagi ramai menunggu giliran tiket dikoyakkan oleh anggota RELA yang bertugas di pintu pagar masuk.

Apabila wisel mula ditiup, perjalanan orang yang ingin masuk ke stadium menjadi semakin lancar. Apabila tiba giliran gua, gua lihat anggota RELA yang bertugas di gate tadi dah hilang entah ke mana. Gua bermonolog..

"Pehh..siut punya RELA..ni kerja nak tengok bola free la ni.."

Bila masuk di dalam perkarangan stadium, gua terus bergegas naik ke tingkat 3 stadium. Mencari tempat untuk menyelit.

15 minit perlawanan bermula, gua dengan brader-brader masih lagi tak dapat tengok padang pun. Pergi dekat belakang toilet, penuh. Pergi dekat tempat masuk padang, penuh. Pergi dekat belakang tiang gol, penuh. "Sial!" herdik gua dekat seorang mamat ni.."takpa..gua tunggu wisel halftime.." Apasal gua tunggu wisel halftime? Bila wisel ditiup, time tu lah ramai orang nak pergi toilet la, pergi beli air lah, dia tak tahu yang gua dah ready nak ambush. HAHA..

Sambil menunggu untuk masuk ke seat apabila wisel tamat separuh masa pertama ditiup,  gua sedang enak menikmati burger sejuk yang gua beli tadi. Dah lah sejuk, brader jual burger tu boleh ketuk gua sampai RM 2 sebiji? Masa tengah tunggu tu, ada lah satu brader ni dengan Family dia, sebelas orang semua sekali. Dia beli tiket grandstand pun tak dapat masuk, apa lagi gua yang tiket hanya free seat. Gua kesian tengok dia. Tapi kesian gua tak dapat nak bawa dia masuk ke dalam ruang grandstand tu pun.

***
Masa gua dah dapat masuk dekat seat tu, gua tergamam. Gua cakap "Tak sangka begini ramai orang nak sokong skuad Harimau Muda ek.?". 









lu orang nampak tak apa yang gua bulatkan tu?lu orang nak tahu apa ybenda tu?klik sini
Sampai hujung game, gua boleh buat conclusion sebab apa team Malaysia kalah. Sesuai dengan tajuk entry gua~ Singapura-pura. Sikit-sikit sakit. Habis game, Semua player Singapore kena baling botol. HUH~~

hujung-hujung tiket gua pun tak koyak. Ni semua kerja RELA. Tahu jadi macam ni, tak payah gua susah-susah beli tiket nak masuk stadium.

Gua belum cerita lagi pasal lubang masuk stadium pakai line FRU dengan brader yang cari member dia "Aboy" tu.

August 7, 2011

Malaysia vs. Singapura-pura Second Leg Bahagian Satu

Hari tu gua ada pergi stadium Nasional Bukit Jalil tengok Malaysia vs. Singapura-pura. Okay. Cerita dia bermula macam ni.

Satu hari, gua ada dengar satu perbualan telefon brader gua dengan member dia. Dia cakap dengan takde budi bahasanya..


"Weh Badrul..lu kumpul budak sape nak pergi stadium tengok Malaysia lawan singapondan..gua nak jawapan malam ni.."



Actually, gua tak tahu pun apa nama member dia tu. Gua hentam je nama dia Badrul. 
Then, bila gua dengar macam tu, gua tiba-tiba rasa eksaited dan dalam hati gua cakap,


"gua kena follow..gua kena follow.."


Gua takde buang masa, gua terus luahkan hasrat gua dekat brader gua dan dia bagi respon yang positif. Malam tu gua dah usaha cari jersey Malaysia dekat bandar muar ni. Tapi tak jumpa. Pasal apa tak jumpa? Pasal banyak budak dah beli lah. Gua ada jugak usya dekat bundle ABC dekat bandar tu, tapi brader tu cakap..

"Adik, jersey Malaysia semua dah habis. Tinggal saiz S je lah.."

Dalam hati gua cakap brader ni memang betul kuat menganjing.

Besoknya, before gua gerak pergi stadium. Member brader gua, Bad nama dia. Ntah Badrul ke apa, yang tu gua tak heran. Yang penting hajat gua tercapai. Haha.

Kami gerak dari muar ni almost dalam pukul 4 sebab tunggu gua berak ama sangat. Then masa OTW pergi sana, gua sempat singgah kedai Aunty, nak beli bendera Malaysia. Yelah. Takkan nak pergi sana dengan tangan kosong je kan. Nanti apa pula Safee Sali cakap member baik dia ni. Dah la tak pakai jersey "Harimau Malaya", bendera pun tak bawa. Nak jadi apa?harap bawa wisel je..









muka gampang

Petang tu, brader Badrul or Bad or whatever crap pecut kereta dia sampai Bangi hanya ambil masa 1 jam sahaja. Dia bawak kereta gila babi punya laju, tapi jenis tak rasa punya laju. Macam mana dia buat gua pun tak tahu.

Why kami turun bangi?

Okay. Kat sana kami kena jemput sorang lagi member brader gua. Actually, dia ni lah yang belikan tiket and sebab dia ni kerja KL, so dia taw mana nak cilok jalan KL ni. Bayangkan gua sampai bangi pukul 5 dan macam mana gua boleh sampai stadium on time tanpa sangkut jem orang balik kerja plus jem orang nak pergi stadium. Hebak boh..
Sampai je dekat sana, gua rasa gua park kereta ada dalam 10 kilometer jauh dari stadium. Tapi dekat sana gua dah dengar bunyi air horn dengan bunyi vuvuzela. Memang havoc jenis gila babi punya havoc.

Gua jadi tak sabar nak tengok game ni. Gua jadi tak sabar....... 

July 14, 2011

5 Fakta Tentang Albert Einstein

albert einstein


Einstein pernah ditawar menjadi PM Israel yang ke-2
Pada 2 November 1952, selepas kematian presiden Israel yang pertama iaitu Chaim Weizman, Einstein telah ditawarkan jawatan sebagai presiden Israel yang seterusnya oleh kerajaan Israel tetapi dia menolaknya. Mamat genius ni  menolak jawatan tersebut atas alasan dia sudah tua untuk jawatan ini dan tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk jawatan itu. And FYI,he's a jews..for REAL...


Einstein tidak pernah memakai stokin
Einstein tidak pernah memakai stokin sepanjang hidupnya kerana baginya stokin merupakan kesakitan dan kerana stokin selalu berlubang. Dia juga berpendapat, kenapa perlu memakai stokin dan kasut sedangkan salah satu daripadanya sudah memadai?gua rasa mesti dia ni hippies..


Einstein dan peti sejuk rekaannya
Ramai yang hanya menyangka Einstein hanyalah seorang saintis yang berasaskan teori semata-mata tetapi kurang yang mengetahui bahawa mamat ni sangat genius in science practically. Albert Einstein created his first fridge setelah menghasilkan Teori Relativiti nya, tetapi malangnya ciptaan ini tidak dikeluarkan kerana teknologi baru membuatkannya lapuk ditelan zaman.


Einstein mempunyai anak luar nikah

Menurut kajian terkini, Einstein mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya Mileva Maric pada lewat 1890. sebelum perkahwinannya Mileva Maric mendapati dia mengandung dan mereka membuat keputusan menyembunyikan anak luar nikah mereka itu kerana kesiankan anaknya itu tidak berbapak.Nasib sebenar anak perempuan Lieserl pasangan ini tidak diketahui, ada yang berpendapat bahawa anaknya mapuh kerah selepas mengalami demam berdarah dan ada yang menyatakan bahawa anaknya pulih dan membesar sebagai anak angkat.Anak angkat siapa gua tak taw..


Einstein pernah gagal dalam peperiksaan
Gagal exam?biasa lah bro.., Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa si Genius Abad ke-20 ini pernah gagal dalam exam masa awal persekolahannya kerana bahagian bahasa dan budaya. Namun, Einstein menjadi saintis yang hebat yang membuktikan bahawa kegagalan tidak semestinya mencorak hidup kita. Inilah yang harus dicontohi oleh kita,bangun daripada kegagalan untuk menjadi orang berjaya.gua rasa Einstein mesti tak pandai pakai baju melayu kalau dia ni budak melayu..kehkehkeh

*note: Kesahihan fakta tentang rahsia ni tidak diketahui, sekadar berkongsi.

July 1, 2011

Another TROLOLOLOL faces!!!

Rage Comic - Troll Mom

wimpymolecule:

It took me forever to make this… and it still sucks

TROLLOLOLOL FACES..Bangang!!

ini sangat-sangat FFFUUUUUUUUUUUUUUUU~LOL!


Finally!!!


      kehkehkehkehkeh!!!


Wardrobe Yang..Yang..Coolll!!!

pernah tak lu orang dulu masa kecik-kecik, lipat baju sendiri, letak baju sendiri dalam almari..gua dulu masa kecik-kecik semua kerja pasal diri gua ni mama gua yang buat..gua rasa, bab makan pun dia yang suruh..kalau tak, tak taw la macam mana..thanks mother..then,gua search-search la pasal kids dalam internet and gua ada jumpa satu wardrobe which designya sangat coooollllll!!!!!first time gua tengok benda ni..gua cakap dekat mama gua.."mother, look at this design..cool rite?kenapa dulu u tak belikan i wardrobe yang cool macam ni mother?"..lepas tu mak gua cakap.."luqie..that time u tu kecik lagi taw..and mama rasa design ni pun belum wujud lagi taw..and FYI,mama rasa tak guna mama belikan u wardrobe ni taw because semua benda pun mama yang nak buatkan.."..gua terdiam kejap..lepas tu, gua pasang azam..bila gua dah ada anak nanti, i wanna find such wardrobe..biar dia belajar kemaskan baju dia sendiri..jangan jadi macam papa dia..LOL~














via Yanko Design

My Folder Is Mine

ini adalah salah satu daripada rekaan-rekaan unik pereka dari taiwan..maybe they bored with the ordinary bags that on market, so they created one of a kind folder bags..gua rasa bag ini sangat-sangat awesome and i do want one!..kalau gua ada beg ni, mesti gua rasa bangga bawak lappy inside this folder bag..and when all the posers start using this kind of bags, i'll find the new designs..and for all the DSLR fags, there's no such bags for your cameras..hahahaha...i really do want one!

















via designboom

June 30, 2011

Ini Sangat Wadepak!

ini,,ini,,ini sangat FAIL..bahaya la gila!!masing-masing nak charge handset..rilek laa..ikut turn..hahahaha


New Advertising Skills

korea adalah negara kedua yang mempunyai rakyat yang paling rajin bekerja..apabila kita penat dah kerja..mesti kita malas nak pergi shopping kan?so,kita balik je terus..di korea,TESCO adalah antara pasaraya yang mendapat tempat di sana..mereka memikirkan bagaimana mereka nak jadi nombor satu di korea..pada masa ini, mereka dalam ranking nombor dua..jadi mereka mencari idea how to be no.1??kalau dulu,customer yang nak dapatkan goods and services perlu datang ke store atau supermarket..why not we come to them?itulah yang difikirkan oleh pihak tesco..lalu mereka telah mencipta satu sistem online shopping ataupun lebih tepat dikenali sebagai virtual store dan barangan yang mereka order itu akan terus sampai ke rumah..ini tersangat-sangat cooooooooolllllll!!!!!!!dan kebanyakan ads mereka ditampal di subway kerana ramai koreans naik train pergi kerja..this is fact..tengok fact video ni..





and FYI,pihak TESCO telah menukar nama mereka kepada HOMEPLUS di korea..

June 29, 2011

COOL 3D Printer

ini adalah sebuah printer yang memprint dalam bentuk 3 Dimensi..and for your information,all the devices that came from the printer are fully functional!!gua cakap dalam hati,...."FUUUUUUUUUU............"ini sangat cool..kalau la ada dalam skala yang besar, gua nak print sebiji kereta yang gua idamkan selama ini dan gua akan print sebiji hummer untuk gua kasi dekat bapak gua..kehkehkeh


Awesome Hip-Hop Violin Medley

dulu gua ada post pasal satu awesome cellos player rite?ianya sangat awesome..okay sekarang gua nak tunjukan  seorang mamat daripada oversea..mamat ni dia tak main cello, tapi dia main violin pulak..dan gua rasa instrument violin lagi awesome from cellos..gua dulu ada tengok vanessa mae main violin dan gua dapat rasakan ianya sangat hebat..lepas tu gua dengar pula maksim main piano dan gua tergamam..sebenarnya gua memang mudah influence dengan benda-benda yang best..tapi ni tak menunjukan yang gua ni seorang poser okay..hahaha..layan video ni..





im wondering when can i learn to play this fuking violin..

Blog Walking Besar-Besaran!!




apasal gua tiba-tiba post gambar bunga ni?gua tak sehat ke?gua ada tertelan frieskies ke pagi tadi?senggama minda sungguh..hhaha..this is not what abut you alls think okay?okay..tadi gua ada baca dekat belog member gua,dia kata ada satu segmen yang MACAM BEST yang gua rasa memang MACAM BEST pun..nama segmen ni "Kamu Blog walkinglah Diantara Kamu Secara Besar-Besaran Sehingga Kamu Puas Menikmatinya Dan Kamu Puas Mendapat Info Yang Kamu tidak Tahu selama ini"DAMN!!panjang yang sungguh wadefak..hahaha..takde lah..yang part tajuk panjang-panjang tu gua kenceng lu orang je..habis semua orang gua bau hancing dah..kehkehkeh..tajuk dia pendek je sebenarnya..macam tajuk entry gua kali ni..okay..sebenarnya,entry gua kali ni memang gua dapat rasakan memang pelik..tapi gua terpaksa layankan..orang kata,ikut hati mati,ikut rasa binasa..jadi gua tulis ikut nafsu..hahaha...kalau lu orang ada yang berminat nak join segmen ni,lu orang boleh kelik di sini dan lu orang boleh tengok tutorial yang mr. zippo akan bagitaw..
kalau gua nak cerita kekuatan belog gua?gua rasa nothing special in this faking page..but lu orang nilai la sendiri..karang gua cakap, luorang cakap gua masuk bakul angkat sendiri..hahaha..ok basicly, beog gua ni merangkumi info-info yang gua sendiri tak tahu dan gua rasa gua nak share dengan lu orang semua..ada juga gua sisipkan pengalaman hidup gua dari gua kecik sampai gua besor tak hingat ni..
okay..good luck to all of you fella and jangan pernah penat nak lawat belog gua yang tak seberapa ni..









gua still rasa yang entry gua kali ni memang pelik la Cik Syue..

June 28, 2011

Malas

hari ni gua rasa sangat-sangat malas dan tak ada mood nak update belog..but i need to..hahaha...sambil mengadap komputer, gua menyanyikan lagu The Lazy Song from Encik Bruno sempena hari memalaskan diri..lalalalala...


June 27, 2011

FB Fanpage Berharga RM 1.8M?

sekarang kan malaysia tengah sebok bergaduh pasal fanpage 1 malaysia or whatever crap dekat yang nak ditubuhkan dekat facebook..khabar angin mengatakan kos untuk mengendalikan fanpage tersebut adalah sebanyak RM 1.8 million..lu nak buat apa dengan 1.8M tu?nak buat grafik 3D kat fanpage ko?siap boleh sentuh dekat skrin?kali ni gua gentle nak cakap..What The Fuck!!facebook fanpage tu bukan free ke?bangang..mana punya kaki kerajaan laa yang nak songlap duit rakyat untuk kegunaan peribadi..one more script image i found on internet about this issue..hahaha..





Steve Jobs dengan Bill Gates tengah menganjing..LOL!

Forever Alone

macam mana la rasanya ek if kita jadi forever alone??mesti macam WTF(what the fish) kan?gua cuba bayangkan macam mana kalau kita jadi alone..i mean FOREVER alone..kalau alone just sekejap, its owk..tapi kalau member pun takde,, parah....Sedikit conteng-conteng gua jumpa dekat internet..TROLOLOL!!!


How To Spot A Racist

Okay..semalam gua ada post satu video pasal Friday rite,,or we call it Jumaat in malay..hari ini gua nak post satu lagi video yang best dari That Effing Show from That Effing People on How to spot a Racist..There's to much BABI in this video..LOL!!anyway,,enjoy it..

my Favorited quote in this video : "i'm not a Racist..i'm just standing up for the right of my people."


Ballons Bed..Creative But Not Effective..

okay..sekarang gua nak post pasal satu creation yang memang-memang kreatif daripada YankoDesign dimana mereka menggunakan konsep fizik einstien untuk mencipta sebuah katil..LOL..WTH..mereka telah merekacipta sebuah katil yang menggunakan hydrogen,helium or nitrus oxide gases sebagai support..okay..actually mereka menggunakan konsep apungan..bukanlah mereka membuat kaki katil tersebut menggunakan gas tu..kalau macam tu einstien pun pening kepala..hahaha...in fact, all the ballons will glow in the dark..ini,,ini sangat WTF..ini nak tidurkan bayi boleh lah..kalau fatman macam gua macam mana nak terapung..memang melekat jela kat lantai sampai belon tu kecut..lebih baik gua beli tilam bujang tu,gua port betul-betul dekat depan tv 42 inci,cocok HDMI cable direct kat lappy,,lagi puas..LOL~~








via Yanko

June 26, 2011

Jumaat - Rebecca Black "Friday" Malaysia Version Prodigy

okay..sekarang gua nak post satu video yang WTH dari That Effing Show which is macam haram..hahah..ada banyak lagi vidoe from "TES" yang best..tapi gua nak post video yang ni..cerita pasal hari jumaat atau friday..apa ada dengan friday pada pandangan orang islam?LOL~


June 21, 2011

Baju Bercorak Pembelajaran Anatomi Manusia Rekaan Sensation Studios

ini adalah baju keluaran sensation studios dan design ini dia orang bagi nama Anatomical Edu-Wear..nice rite?kalau lu orang nak beli baju ni, lu orang boleh kelik sini dengan harga 22 dollar setiap satu..









nice..

Fakta Tentang Pisang(15 Facts)

gua rasa ramai orang dekat sini suka makan pisang rite?tapi gua yakin ramai orang tak tau banyak fakta pasal pisang..okay..sekarang gua nak share dengan lu orang semua 15 facts about banana..open banana,,open banana,,,

Facts You Probably Didn’t Know About Bananas

June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

okay..sempena hari bapa ni...apa yang lu orang bagi dekat hero-hero lu orang?i mean bapak,ayah,daddy,babah,abah,papa dan macam-macam lagi panggilan untuk seorang ayah?gua tahun ni gua tak dapat bagi apa-apa sebab gua miskin..belum banyak duit nak belikan dia hadiah..insyaallah bila gua dah kerja nanti,gua nak belikan abah gua hummer sebijik..kihkihkih...tapi gua rasa bapak-bapak kita semua bukanlah materialistik rite?cukup sekadar ucapan yang boleh membuatkan hati mereka tersentuh dan terharu..mereka rasa diri mereka dihargai..ini video dari seorang member gua sempena hari bapa dan video ni ditujukan untuk bapanya..gua dengan dia sama-sama busking dekat tanjung dulu..dia rakam guna ompaq je..tapi quality owk..for sure..dikesempatan ini, gua nak ucapkan selamat hari bapa kat abah gua, Haji Eshak b. Hj. Abu Bakar..abah..gua sayeng loe banget...hhuhuhuhu.....

June 15, 2011

Mamak LOLS!!

hahaha...hari ini gua nak tunjuk dekat lu orang semua betapa tangkasnya mamak dekat malaysia ni buat kerja..dia orang memang banyak skill..yes..for sure..full with skills..hahaha...gua tergelak banyak kali tengok video ni..





LOLS!!

June 14, 2011

Dhani Dewa Dan Yahudi

hari ni gua nak cerita sikit pasal penyanyi kumpulan dewa iaitu ahmad dhani..Beliau ni merupakan anak kepada seorang ahli diplomat indonesia iaitu Eddy Abdul Manaf dan juga anak kepada seorang rakyat indonesia berketurunan yahudi bernama Joyce Theresia Pamela Kohler. hari ni gua nak tunjuk dekat lu orang semua macam mana dhani dewa ni cuba menyebarkan propaganda freemason dan yahudi dalam bentuk musik dan media..bagaimana si mamat yahudi ni menghina agama, gua rasa dia ni takde agama laa..dayyum!! video ni lu orang boleh tengok dekat youtube..gua bagi satu video je..dan yang lain lu orang sambung dekat youtube..semua sekali ada 8 episod je..tak banyak pun..ni belum gua masukkan cerita the arrival yang 52 episod semua sekali..lu orang tengok la sendiri dan nilai sendiri adakah si mamat dhani ni sengaja ataupun semuanya adalah kebetulan semata..







dhani dewa dan yahudi bahagian 2


than to karkoon flms for the video..

Google.Com

right now i've some facts about google..the world most popular search engine..




June 13, 2011

Awesome Cellos Players!!

alat musik cello selalunya dimainkan didalam persembahan okestra dan dimainkan secara perlahan..tetapi apabila dimain secara kasar atau versi iron maiden, ianya akan jadi fukin awesome! gua suka yang nih..main lagu smooth criminal pulak tu kan..yeah!


June 12, 2011

Class Prank

ini adalah taktik terbaru untuk melarikan diri dari kelas..only student bangang je yang buat ni taw..gua yakin diaorang bet untuk buat benda ni..hahaha...prank cikgu siak..nasib baik phone yang dia campak tu adalah dummy set..LOL!


10 More Facts About Coke

baru tadi gua post facts about coke rite? ok sekarang gua nak post pasal coke lagi..more and more facts about coke..actually coke ni macam dadah laa..dia sebenarnya ubat..tapi bila kita O\D (overdose),benda ni boleh memudaratkan..but..coke or coca-cola is the most popular soft drink in this world..in fact, lebih dari a million cans of coke were consumed everyday..damn!!..lu orang tunggu je lah coke ni diharamkan oleh mufti kedah..LOL!


The facts:
  1. Coca-cola telah dicipta oleh seorang pharmacist bernama John Pemberton dan pada asalnya mamat pemberton ni mencipta coke atas dasar ubat yang menyembuhkan penyakit pening kepala..see?kan gua dah cakap coke ni macam dadah..
  2. Coca-cola dipanggil "Coca-cola" kerana pada asalnya ianya dibuat daripada daun coca dan juga kola nut.pada masa dahulu, arak (wine) juga ditambah menggantikan rasa gula pada masa kini.
  3. gua yakin fakta ni ramai dah tahu..apabila sebiji atau lebih mentos diletakkan dalam coke,kandungan karbon dioksida didalam coke tersebut will rapidly release.macam yang lu orang tengok kat dalam Mythbusters tu laa..
  4. kalau lu orang kena sengat dengan obor-obor sebab berenang dekat sungai muar or what,tak payah susah-susah pergi jumpa doktor or bomoh..dengan muka rilek,lu otang curahkan coke dekat tempat kena sengat tu..because coke can cure the jellyfish stings!!..holy facts!!
  5. kalau ada budak bodoh mencampakkan gula getah kearah rambut lu orang,lu orang jangan kejar dan pukul budah tu..bertenang..kita ada coke..cuma curahkan coke di rambut anda dan gula getah tersebut will rinse easily..fuuu...
  6. Coke pada asalnya berwarna HIJAU..what the..gua rasa kalau sekarang ni tiba-tiba coke bertukar warna hijau balik, lebih baik gua minum teh sarbat dekat warung bai..
  7. coca-cola membawa maksud "untuk membuat mulut tersenyum" dalam bahasa chinese..
  8. kalau la dekat dunia ni ada pertandingan "sape minum coke paling banyak", gua yakin paling banyak pun manusia normal boleh minum adalah sebanyak 8 botol..dan orang bodoh yang minum coke tersebut akan mampus on the spot kerana terlalu banyak karbon dioksida ditelan dalam satu-satu masa dan kurangnya oksigen dalam salur darah...hahah..
  9. There are nearly 10,450 soft drinks from The Coca-Cola Company consumed every second of every day.Fact!!
  10. coca-cola atau coke digelar soft drinks walaupun pada dasarnya minuman ni tak soft pun!!lalu dekat tekak rasa macam apa..keras nak mampus..gas kuat sangat..baik gua minum air jambu 88 dekat muar!!!hahaha

Facts About Coca-Cola..




Tahukah lu orang , Cola-Cola Banyak Kegunaannye Seperti :

lu orang kat rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran / hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru / nat
bateri kereta: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak / lekit dari pakaian: Tambah
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu / kotor / melekit? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja / besi
mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol / tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak / parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan / karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori / trak mereka sejak 20 tahun. Wahh ... mesti buat
overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Lu orang cuba try
bancuh kopi / teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis.

thanks to asip for the facebook tip..

June 10, 2011

HAVOC!!!!!!!!!!!

hahahaha...x de havoc mana pon..td gua blogwalking kat alam maya ni kan..gua ada jumpa satu entry kat member gua punya blog..jac punya blog..tq jac!..gua baca punya baca..ada satu entry dia cerita pasal Cikgu Shida..lu orang kenal sape Cikgu Shida tu?slow lah lu orang ni..hari ahad ni tengok Nona..pukul 2..huh~


haha...now i have some bios for that Cikgu Shida..nama betul dia is Roshida bt. Abd. Aziz, born on April 21, 1972, personal Interests : CREATING OWN SELF MIMING CLIP VIDEOS,(this's the most important fact..LOL!) asal dari parit perak..(line-line mamat khalid jugak nih.."ape kome ce cite, ce cite..")


gua first time exposed pasal cerita cikgu shida ni kan..gua pun tak ingat lah..maybe masa gua dekat uitm dulu kot..gua pun tak sure laa...masa tu video cikgu shida yang paling top adalah dia mime lagu stacy,pakai buang..masa tu gua rasa dia ni macam bodoh je..masa tu video tu macam x de kick lagi..ye la..baru-baru lagikan..


tapi sekarang cikgu shida dah top dah..selepas dia buat macam-macam mime video..daripada lagu dalam negeri hingga lah ke luar negara..daripada lagu kalau berpacaran hinggalah kepada lagu waka-waka nyanyian syakira masa demam fifa kejap dulu..gua geram jugak ada orang nak jadi lagi femes dari gua ni..walupun gua admit gua memang tak femes pon..dan tak pernah femes pon..hahahaha...


hari tu gua ada jumpa cikgu shida ni..gua tanya lah dia.."cikgu shida, lu tak segan ke dengan apa yang lu buat ni?"tanya gua tenang sambil belakang tangan pegang batang besi..takut-takut cikgu shida melenting sebab bahasakan diri gua "lu-gua"..lalu cikgu shida jawab.."err..eh..luqie..sebenarnya, sebenarnya,.." gua terus tengking..dia mengigil lantas dia jawab.."saya memang bergurau macam ni luqie..family saya almost sume macam ni..jenis kepala gila-gila.."..gua syak cikgu shida dah takut dengan gua..gua jeling tajam..hahaha..(paragraph yang ni gua bohong lu orang je..)


ni gua nak post antara most early cikgu shida punya video..nahh..hambek!!










LOL!!!

via semerah warna hati

The letter to Mr. Bill Gates...


Gua rasa lu orang ramai dah baca surat ni..tapi bila gua baca balik, gua baru perasan dalam surat ni terdapat unsur-unsur humor kan?hahaha..gua baru perasan..LOL!

Hi There Mr. Bill Gates,
We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.
1. There is a button ‘Start’ but there is no ‘stop’ button. We request you to check this.
2. We find there is ‘Run’ in the menu. One of my friends clicked ‘Run’ he ran up to Amritsar! So, we request you to change that to ‘Sit’, so that we can click that by sitting.
3. One doubt is whether any ‘Re-Scooter’ is available in system? I find only ‘Recycle’, but I own a scooter at my home.
4. There is ‘Find’ button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ‘Find’ button, but was unable to trace. Please rectify this problem.
5. My child learned ‘Microsoft Word’ now he wants to learn ‘Microsoft Sentence’, so when you will provide that?
6. I bought computer, CPU , mouse and keyboard, but there is only one icon which shows ‘My Computer’: when you will provide the remaining items?
7. I am confuse, there is a small Blue ‘E’ icon stating internet explorer, i clicked on that to explore the internet but i only see a one page site, so please tell me how can we explore the internet itself.
8. There is ‘Microsoft Office’ what about ‘Microsoft Home’ since I use the PC at home only.
9. You provided ‘My Recent Documents’. When you will provide ‘My Past Documents’?
10. You provide ’My Network Places‘. please please do not provide ’My Secret Places‘. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.
11. We are curious to know is there any hidden tool in your windows, so that we could download the internet, or are you planing to invent this option, because we can download many things from internet but how can we download the internet itself.
12. I hate dogs why that damn dog comes up on my computer screen search option when i search for files or folder, can’t he search his bone some where else, i request you please send that dog to zoo and instead replace that with something which give us relaxation.
One personal questions.. How is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS ?
Looking forward to your early reply…

many thanks

LOL!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like