August 8, 2011

Malaysia vs. Singapura-pura Second Leg Bahagian Dua

Sampai dekat luar stadium, sambil menyalakan sebatang rokok. Gua tanya dekat brader gua.

"Der, berapa lama nak tunggu ni?gua dah sangap nak tengok padang dah.."

Brader gua tengok buat muka tak tahu. Gua actually tak dapat tangkap apa yang difikirkannya. Gua syak maybe dia ada masalah dengan pihak FAM kerana pada zahirnya, tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil cuma boleh memuatkan seramai 80, 000 penonton sahaja. Tapi, secara visualnya, gua yakin yang hadir pada hari tersebut melebihi dari seratus ribu orang.

"Gila!",herdik gua..

Sambil menunggu di luar stadium, gua dah siap-siap beli burger empat bijik dengan air mineral satu botol. Buatnya gua gastrik dekat dalam stadium tu karang, dah menyasar nak cari makanan. Masa dekat luar tu, gua tertarik dengan satu brader ni. daripada gayanya, gua syak yang dia ni tengah mencari seorang dari membernya. Namanya "Aboy". Macam mana gua boleh tahu nama member dia "Aboy"? Ofkos la gua tahu. Sebab dari tadi dia asyik teriak nama tu. Gua ada syak jugak mungkin si "Aboy" yang pegang tiket dia. Hari ini gua penuh dengan rasa syak wasangka.


ni hah brader yang gua cerita tu..nampak kertas dia tulis apa?.."Aboy"

***

5 minit sebelum wisel mula ditiupkan, semua member brader gua dah gather dekat luar stadium. Semua dah ready nak masuk stadium. Tapi gua tengok dekat luar orang masih lagi ramai menunggu giliran tiket dikoyakkan oleh anggota RELA yang bertugas di pintu pagar masuk.

Apabila wisel mula ditiup, perjalanan orang yang ingin masuk ke stadium menjadi semakin lancar. Apabila tiba giliran gua, gua lihat anggota RELA yang bertugas di gate tadi dah hilang entah ke mana. Gua bermonolog..

"Pehh..siut punya RELA..ni kerja nak tengok bola free la ni.."

Bila masuk di dalam perkarangan stadium, gua terus bergegas naik ke tingkat 3 stadium. Mencari tempat untuk menyelit.

15 minit perlawanan bermula, gua dengan brader-brader masih lagi tak dapat tengok padang pun. Pergi dekat belakang toilet, penuh. Pergi dekat tempat masuk padang, penuh. Pergi dekat belakang tiang gol, penuh. "Sial!" herdik gua dekat seorang mamat ni.."takpa..gua tunggu wisel halftime.." Apasal gua tunggu wisel halftime? Bila wisel ditiup, time tu lah ramai orang nak pergi toilet la, pergi beli air lah, dia tak tahu yang gua dah ready nak ambush. HAHA..

Sambil menunggu untuk masuk ke seat apabila wisel tamat separuh masa pertama ditiup,  gua sedang enak menikmati burger sejuk yang gua beli tadi. Dah lah sejuk, brader jual burger tu boleh ketuk gua sampai RM 2 sebiji? Masa tengah tunggu tu, ada lah satu brader ni dengan Family dia, sebelas orang semua sekali. Dia beli tiket grandstand pun tak dapat masuk, apa lagi gua yang tiket hanya free seat. Gua kesian tengok dia. Tapi kesian gua tak dapat nak bawa dia masuk ke dalam ruang grandstand tu pun.

***
Masa gua dah dapat masuk dekat seat tu, gua tergamam. Gua cakap "Tak sangka begini ramai orang nak sokong skuad Harimau Muda ek.?". 









lu orang nampak tak apa yang gua bulatkan tu?lu orang nak tahu apa ybenda tu?klik sini
Sampai hujung game, gua boleh buat conclusion sebab apa team Malaysia kalah. Sesuai dengan tajuk entry gua~ Singapura-pura. Sikit-sikit sakit. Habis game, Semua player Singapore kena baling botol. HUH~~

hujung-hujung tiket gua pun tak koyak. Ni semua kerja RELA. Tahu jadi macam ni, tak payah gua susah-susah beli tiket nak masuk stadium.

Gua belum cerita lagi pasal lubang masuk stadium pakai line FRU dengan brader yang cari member dia "Aboy" tu.

2 comments:

Unknown said...

whuaa.. ramai gila.. aku nmpk ko! aku nmpk ko! haha

luqman eshak said...

ah kau..nampak la sangat..kau nampak tak banner yang aku bulatkan tu?kat situ matno dengan member2x dia duduk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like