August 7, 2011

Malaysia vs. Singapura-pura Second Leg Bahagian Satu

Hari tu gua ada pergi stadium Nasional Bukit Jalil tengok Malaysia vs. Singapura-pura. Okay. Cerita dia bermula macam ni.

Satu hari, gua ada dengar satu perbualan telefon brader gua dengan member dia. Dia cakap dengan takde budi bahasanya..


"Weh Badrul..lu kumpul budak sape nak pergi stadium tengok Malaysia lawan singapondan..gua nak jawapan malam ni.."



Actually, gua tak tahu pun apa nama member dia tu. Gua hentam je nama dia Badrul. 
Then, bila gua dengar macam tu, gua tiba-tiba rasa eksaited dan dalam hati gua cakap,


"gua kena follow..gua kena follow.."


Gua takde buang masa, gua terus luahkan hasrat gua dekat brader gua dan dia bagi respon yang positif. Malam tu gua dah usaha cari jersey Malaysia dekat bandar muar ni. Tapi tak jumpa. Pasal apa tak jumpa? Pasal banyak budak dah beli lah. Gua ada jugak usya dekat bundle ABC dekat bandar tu, tapi brader tu cakap..

"Adik, jersey Malaysia semua dah habis. Tinggal saiz S je lah.."

Dalam hati gua cakap brader ni memang betul kuat menganjing.

Besoknya, before gua gerak pergi stadium. Member brader gua, Bad nama dia. Ntah Badrul ke apa, yang tu gua tak heran. Yang penting hajat gua tercapai. Haha.

Kami gerak dari muar ni almost dalam pukul 4 sebab tunggu gua berak ama sangat. Then masa OTW pergi sana, gua sempat singgah kedai Aunty, nak beli bendera Malaysia. Yelah. Takkan nak pergi sana dengan tangan kosong je kan. Nanti apa pula Safee Sali cakap member baik dia ni. Dah la tak pakai jersey "Harimau Malaya", bendera pun tak bawa. Nak jadi apa?harap bawa wisel je..









muka gampang

Petang tu, brader Badrul or Bad or whatever crap pecut kereta dia sampai Bangi hanya ambil masa 1 jam sahaja. Dia bawak kereta gila babi punya laju, tapi jenis tak rasa punya laju. Macam mana dia buat gua pun tak tahu.

Why kami turun bangi?

Okay. Kat sana kami kena jemput sorang lagi member brader gua. Actually, dia ni lah yang belikan tiket and sebab dia ni kerja KL, so dia taw mana nak cilok jalan KL ni. Bayangkan gua sampai bangi pukul 5 dan macam mana gua boleh sampai stadium on time tanpa sangkut jem orang balik kerja plus jem orang nak pergi stadium. Hebak boh..
Sampai je dekat sana, gua rasa gua park kereta ada dalam 10 kilometer jauh dari stadium. Tapi dekat sana gua dah dengar bunyi air horn dengan bunyi vuvuzela. Memang havoc jenis gila babi punya havoc.

Gua jadi tak sabar nak tengok game ni. Gua jadi tak sabar....... 











bersambung.........

4 comments:

Unknown said...

wahh.. ko pegi ea luqie.. mesti best kann!

luqman eshak said...

weh...kompem laa...hahahahaha

Unknown said...

lain kali ajak aku.haha

luqman eshak said...

ahh...jangan nak ngade..hahahaha...len kali nak ikut cakap..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like