August 22, 2011

Aduh..

Sekarang gitar gua dah rosak. Bunyik dah macam shit. Apa gua nak buat ni? Dalam masa-masa pikir tu, gua sebok main tamborine. Practice sikit-sikit. Mana taw Okestra RTM nak amek gua main dalam band.. kehkehkeh

August 21, 2011

GERSANG!!

Apa itu gersang?Ada apa dengan gersang?Best ke kalau gersang?weh weh weh, dah dah.. Lu orang jangan nak fikir-fikir yang bukan-bukan dengan entry gua kali ini..

Sebenarnya kali ini, setelah sudah lama mendiamkan diri, gua nak tulis satu entry pasal Gersang. Maksud gua Kumpulan Rock sekitar tahun 88'. Takkan lu orang tak kenal dengan kumpulan Gersang? Kumpulan yang dahulunya popular dengan lagu Suratan Takdir dan Masih Gua terasa,, Maksud gua, Masih Aku Terasa. Bila dah biasa bahasakan diri ini sebagai gua-lu, kadang-kadang tersasul jugak.

Kumpulan Gersang ditubuhkan pada tahun 1981 yang kemudiannya popular sekitar tahun 1988, telah dianggotai oleh lima orang anak remaja (masa tahun 88' tu remaja la) dari Johor. Budak-budak gersang ni dah duduk bawah naungan pengurus Rahim Othman dan naungan BMG studio (masa tu PMC) start dari first album dia orang lagi. Sampailah kumpulan tersebut dibubarkan pada tahun 1990. Gua taknak cerita panjang, gua nak cerita apa yang jadik dekat group ni.

Masa first-first kumpulan ni ditubuhkan, mereka ni tiada penyanyi. So, macam mana cerita ntah Man bai boleh join group ni. Masa mula-mula join dulu, group ni lah antara kumpulan Rock melayu yang membawakan lagu-lagu lentok jiwang sedangkan pada zaman tersebut, lagu-lagu rock kapak tengah up! Kumpulan yang tengah betul-betul naik masa tu adalah kumpulan Wings dengan Search.

So, peminat memang tak suka lah dengan kumpulan Gersang ni. Pernah diceritakan satu masa dahulu, masa kumpulan Gersang ni tengah buat show, mereka telah dibaling dengan telur busuk, batu oleh pengunjung yang hadir masa tu. Bila gua tanya dekat orang ramai pasal peristiwa ni, ini antara respon mereka..

"Kumpulan Gersang kena baling telor masa tengah buat show dekat Taman Tasik Taiping,,album kumpulan Gersang cuma ada 2 je lagu yang best..sebab tu orang marah!!" - Kamal, Parit

"Muzik kumpulan Gersang ni mat rock tak berapa boleh terima,,tambah-tambah lagi diaorang nyanyi lirik yang jiwang-jiwang karat macam Masih Aku Terasa dengan Suratan Takdir..mat rock mana boleh terima lirik macam tu?lagi-lagi bila disuruh nyanyi beramai-ramai.." - Borhan, Merlimau

"Memang laa..masa tu Gersang memang jadi pujaan gadis-gadis remaja. setiap ahli kumpulan ni ada rupa..macam Man Bai..hensem woo..dan kebetulan jugak lagu-lagu yang diorang bawak memang lentok jiwang karat..cair la hati awek-awek ni..mat rock pulak tak suka jiwang-jiwang karat ni, apa lagi, pakat la ramai-ramai tak suka kumpulan ni. Tapi yang mat rock-mat rock bengang dengan Gersang ni pasal mereka dah buat satu fenomena baru dan awek-awek banyak tergilakan diaorang.." Aisyah, Tampin


Macam tu lah antara feedback yang gua dapat. Kat sini, gua ada selitkan satu video macam mana Manbai nak masuk kumpulan Gersang dulu.. Ye-ye je ni? HAHAHAHA

Amacam?


Sumber wikipedia dan Youtube

August 13, 2011

Armada - Wanita Paling Berharga

aku baru jumpa lagu ni. kepada yang berkenaan. Layanlah,

August 11, 2011

Mak!! Im On...Err...Im On Online Newspaper!!

Ini Baru Real..Gua haritu lupa nak cerita pasal gua kena interview dengan reporter dari Berita Harian..Masa gua tengah bersorak-sorak panggil nama Safee Sali dengan Amirul Hadi, brader sebelah gua dah pandang gua hampeh je..sampai je Safee Sali masuk dalam restroom, brader tu terus cakap nak blah..gua siap-siap salam dia, lepastu sambung balik bersorak walaupun lampu didalam stadium sebahagiannya telah ditutup. Mana tak nya, semangat gua masih tengah up tengokkan team Ultras Malaysia masih lagi bersorak..


Habis je interview, gua terus keluar beli air 100 plus 3 cawan..penat siak!

August 8, 2011

Pagi Ini...

Pagi tadi gua tak pergi kelas. Gua tak pergi kelas sebab gua terlajak tidur.. Itu adalah situasi normal bagi seorang student macam gua ni. Lantas gua berfikir untuk mendapatkan sekeping Medical Certificate yang boleh membantu gua tentang perihal masa depan. Gua bersiap untuk ke klinik kesihatan terdekat. Dalam masa bersiap tu, gua sempat memikirkan alasan yang munasabah untuk diajukan kepada doktor.

Dalam perjalanan gua pikir lagi...

Dah sampai di klinik pun gua masih lagi berfikir alasan yang sesuai untuk diberikan kepada doktor.



***

Masa dekat dalam tu, gua buat muka rilek je sampai la doktor tu tanya gua..

"Kau sakit apa ni mat?"

dengan selamba gua jawab..

"doktor, gua rasa, gua ni ada penyakit insomnia lah..malam susah sangat nak tidur.."

Doktor tu pandang gua slack. Gua buat muka tak tahu apa-apa. Dia keluarkan surat MC tulis nama gua, bagi gua ubat siap-siap. Masa gua keluar, dia still lagi buat muka stress macam tu. Apa teruk sangat ke jawapan gua?

Rumah Saya Telah Diserang Oleh...!!

Kejadian ini berlaku semalam.

***

Gua sedang leka melayan fesbuk di hadapan notebook kecil di atas katil, gua asyik memerhatikan profile picture awek-awek yang cun dekat dalam fesbuk tu. Bagi gua, kerja memerhati profile picture fesbuk orang ni memang dah jadi rutin. Sampai member gua cakap gua ni seorang 'stalker' yang tegar. Mana yang cun, gua add jadi friend. Mana muka budak laki yang bajet-bajet K-POP ataupun kumpulan M-POP VIP dekat Malaysia ni, semua gua maki. Kenapa nak sebok samakan budaya Korea dengan budaya kita? be creative lah..HAHA..

Okay. Gua nak cerita tegak. Cerita dia bermula lebih kurang macam ni. Masa gua tengah sedap lepak layan lelong dengan fesbuk tu, masa ni gua tak boleh nyalakan rokok. Pasal gua ni jenis yang tak smoke dalam rumah. Even dekat rumah sewa gua dulu pun gua tak hisap rokok dalam rumah. Memang dah jadi prinsip gua untuk tidak menghisap rokok sewaktu di dalam rumah. Tiba-tiba, gua terdengar satu bunyi dentuman yang amat dasyat. Gua tertanya-tanya mana datangnya bunyi dentuman tersebut. Mulut gua terus lincah membacakan satu dua potong daripada ayat suci AlQuran. Gua pun tidak pasti apa yang gua bacakan. Barangkali surah-surah lazim di belakang AlQuran. Orang tua-tua kata, kalau takut bacalah ayat kursi. Tapi masa tu ayat kursi haram taknak keluar. Padahal gua dah hafal dah masa darjah tiga sekolah agama dulu. Tiba-tiba..

"PRAPAPAPAP!!"

 Bunyi itu terdengar lagi dan kali ini, bunyi itu mendatangkan symptom yang bahaya terhadap suasana pada malam tersebut. Ternyata...

"PAP!"

Bekalan eletrik dekat rumah gua  terputus.

"Gua dah lah duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Lagi lu nak main-main kan!!"Herdik gua dalam hati. Nak cakap kuat-kuat tak berani. HUHUHU

Perlahan-lahan gua nyalakan lampu pada telefon bimbit dan bergegas turun ke bawah untuk menghidupkan semula suis utama. Masa dalam perjalanan turun ke bawah, gua terasa bagai ada titisan cecair yang jatuh keatas kulit gua yang mulus ibarat Puteri Gunung Ledang ini. Wahhh!..Ehem..Orang tua-tua kata, kalau lu orang terasa ada titis-titis cecair yang jatuh mengenai lu orang dari atas, mungkin disitu terdapatnya kehadiran hantu balan-balan ataupun lebih mesra digelar hantu "Penanggal" di kawasan semenanjung Malaysia ini.

Gua jadi semakin takut. Langkah gua untuk turun ke bawah menjadi semakin pantas. Jarak 17 anak tangga menjadi semakin jauh sahaja rasanya. Padahal selalu tangga ini lah yang gua lompat tiap-tiap kali hendak turun makan.



***



Apabila sampai di bawah, gua masih tercari-cari panduan untuk ke dapur kerana di dapurlah terletaknya lampu suluh penguasa Bomba yang bapak gua dapat masa dia kerja Bomba dulu. Sekarang dia dah pencen. Gua dengan cerita lampu suluh tu boleh berfungsi masa dalam air. Tapi gua tak tahu lah cerita ni sahih ke tidak sebab gua pun masih belum cuba eksperimen tu. Gua takut kalau gua try nanti lampu tu rosak lah pula. Dah lah lampu suluh tu memang rare. Memang tiada jual di pasaran.

Masa gua sedang fokus mencari arah untuk ke dapur, tiba-tiba,,

"Man!..Man!!..,Man!!!.."

Gua terdengar ada suara yang memanggil gua dari ruang tamu. Perasaan gua menjadi semakin cuak yang gila babi punya cuak. Perasaan yang tadi tu gua boleh handle lagi. Tapi kali ni gua memang betul-betul cuak. Gua beranikan diri untuk mencari arah suara tersebut. Tiba-tiba gua terdengar lagi suara memanggil, lalu berkata:

"Man!..pergi amek kain lap dengan baldi kat dapur..hujan lebat gila babi ni..abes bocor siling..menitik air ni..cepat!kang banjir rumah kang sape nak kemas?ish..tak pernah aku kena SERANGAN hujan yang macam ni..sampai blackout..bocor pulak tu!!"

Gua nampak brader gua tengah sebok-sebok tadah air hujan pakai cawan yang dia guna tadi. Dalam masih ada baki separuh air oren yang dia minum. Muka hampeh bercampur serius. Gua malas nak betah kenangkan air oren dia tu. keh keh keh

Malaysia vs. Singapura-pura Second Leg Bahagian Dua

Sampai dekat luar stadium, sambil menyalakan sebatang rokok. Gua tanya dekat brader gua.

"Der, berapa lama nak tunggu ni?gua dah sangap nak tengok padang dah.."

Brader gua tengok buat muka tak tahu. Gua actually tak dapat tangkap apa yang difikirkannya. Gua syak maybe dia ada masalah dengan pihak FAM kerana pada zahirnya, tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil cuma boleh memuatkan seramai 80, 000 penonton sahaja. Tapi, secara visualnya, gua yakin yang hadir pada hari tersebut melebihi dari seratus ribu orang.

"Gila!",herdik gua..

Sambil menunggu di luar stadium, gua dah siap-siap beli burger empat bijik dengan air mineral satu botol. Buatnya gua gastrik dekat dalam stadium tu karang, dah menyasar nak cari makanan. Masa dekat luar tu, gua tertarik dengan satu brader ni. daripada gayanya, gua syak yang dia ni tengah mencari seorang dari membernya. Namanya "Aboy". Macam mana gua boleh tahu nama member dia "Aboy"? Ofkos la gua tahu. Sebab dari tadi dia asyik teriak nama tu. Gua ada syak jugak mungkin si "Aboy" yang pegang tiket dia. Hari ini gua penuh dengan rasa syak wasangka.


ni hah brader yang gua cerita tu..nampak kertas dia tulis apa?.."Aboy"

***

5 minit sebelum wisel mula ditiupkan, semua member brader gua dah gather dekat luar stadium. Semua dah ready nak masuk stadium. Tapi gua tengok dekat luar orang masih lagi ramai menunggu giliran tiket dikoyakkan oleh anggota RELA yang bertugas di pintu pagar masuk.

Apabila wisel mula ditiup, perjalanan orang yang ingin masuk ke stadium menjadi semakin lancar. Apabila tiba giliran gua, gua lihat anggota RELA yang bertugas di gate tadi dah hilang entah ke mana. Gua bermonolog..

"Pehh..siut punya RELA..ni kerja nak tengok bola free la ni.."

Bila masuk di dalam perkarangan stadium, gua terus bergegas naik ke tingkat 3 stadium. Mencari tempat untuk menyelit.

15 minit perlawanan bermula, gua dengan brader-brader masih lagi tak dapat tengok padang pun. Pergi dekat belakang toilet, penuh. Pergi dekat tempat masuk padang, penuh. Pergi dekat belakang tiang gol, penuh. "Sial!" herdik gua dekat seorang mamat ni.."takpa..gua tunggu wisel halftime.." Apasal gua tunggu wisel halftime? Bila wisel ditiup, time tu lah ramai orang nak pergi toilet la, pergi beli air lah, dia tak tahu yang gua dah ready nak ambush. HAHA..

Sambil menunggu untuk masuk ke seat apabila wisel tamat separuh masa pertama ditiup,  gua sedang enak menikmati burger sejuk yang gua beli tadi. Dah lah sejuk, brader jual burger tu boleh ketuk gua sampai RM 2 sebiji? Masa tengah tunggu tu, ada lah satu brader ni dengan Family dia, sebelas orang semua sekali. Dia beli tiket grandstand pun tak dapat masuk, apa lagi gua yang tiket hanya free seat. Gua kesian tengok dia. Tapi kesian gua tak dapat nak bawa dia masuk ke dalam ruang grandstand tu pun.

***
Masa gua dah dapat masuk dekat seat tu, gua tergamam. Gua cakap "Tak sangka begini ramai orang nak sokong skuad Harimau Muda ek.?". 









lu orang nampak tak apa yang gua bulatkan tu?lu orang nak tahu apa ybenda tu?klik sini
Sampai hujung game, gua boleh buat conclusion sebab apa team Malaysia kalah. Sesuai dengan tajuk entry gua~ Singapura-pura. Sikit-sikit sakit. Habis game, Semua player Singapore kena baling botol. HUH~~

hujung-hujung tiket gua pun tak koyak. Ni semua kerja RELA. Tahu jadi macam ni, tak payah gua susah-susah beli tiket nak masuk stadium.

Gua belum cerita lagi pasal lubang masuk stadium pakai line FRU dengan brader yang cari member dia "Aboy" tu.

August 7, 2011

Malaysia vs. Singapura-pura Second Leg Bahagian Satu

Hari tu gua ada pergi stadium Nasional Bukit Jalil tengok Malaysia vs. Singapura-pura. Okay. Cerita dia bermula macam ni.

Satu hari, gua ada dengar satu perbualan telefon brader gua dengan member dia. Dia cakap dengan takde budi bahasanya..


"Weh Badrul..lu kumpul budak sape nak pergi stadium tengok Malaysia lawan singapondan..gua nak jawapan malam ni.."



Actually, gua tak tahu pun apa nama member dia tu. Gua hentam je nama dia Badrul. 
Then, bila gua dengar macam tu, gua tiba-tiba rasa eksaited dan dalam hati gua cakap,


"gua kena follow..gua kena follow.."


Gua takde buang masa, gua terus luahkan hasrat gua dekat brader gua dan dia bagi respon yang positif. Malam tu gua dah usaha cari jersey Malaysia dekat bandar muar ni. Tapi tak jumpa. Pasal apa tak jumpa? Pasal banyak budak dah beli lah. Gua ada jugak usya dekat bundle ABC dekat bandar tu, tapi brader tu cakap..

"Adik, jersey Malaysia semua dah habis. Tinggal saiz S je lah.."

Dalam hati gua cakap brader ni memang betul kuat menganjing.

Besoknya, before gua gerak pergi stadium. Member brader gua, Bad nama dia. Ntah Badrul ke apa, yang tu gua tak heran. Yang penting hajat gua tercapai. Haha.

Kami gerak dari muar ni almost dalam pukul 4 sebab tunggu gua berak ama sangat. Then masa OTW pergi sana, gua sempat singgah kedai Aunty, nak beli bendera Malaysia. Yelah. Takkan nak pergi sana dengan tangan kosong je kan. Nanti apa pula Safee Sali cakap member baik dia ni. Dah la tak pakai jersey "Harimau Malaya", bendera pun tak bawa. Nak jadi apa?harap bawa wisel je..









muka gampang

Petang tu, brader Badrul or Bad or whatever crap pecut kereta dia sampai Bangi hanya ambil masa 1 jam sahaja. Dia bawak kereta gila babi punya laju, tapi jenis tak rasa punya laju. Macam mana dia buat gua pun tak tahu.

Why kami turun bangi?

Okay. Kat sana kami kena jemput sorang lagi member brader gua. Actually, dia ni lah yang belikan tiket and sebab dia ni kerja KL, so dia taw mana nak cilok jalan KL ni. Bayangkan gua sampai bangi pukul 5 dan macam mana gua boleh sampai stadium on time tanpa sangkut jem orang balik kerja plus jem orang nak pergi stadium. Hebak boh..
Sampai je dekat sana, gua rasa gua park kereta ada dalam 10 kilometer jauh dari stadium. Tapi dekat sana gua dah dengar bunyi air horn dengan bunyi vuvuzela. Memang havoc jenis gila babi punya havoc.

Gua jadi tak sabar nak tengok game ni. Gua jadi tak sabar....... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like