August 8, 2011

Rumah Saya Telah Diserang Oleh...!!

Kejadian ini berlaku semalam.

***

Gua sedang leka melayan fesbuk di hadapan notebook kecil di atas katil, gua asyik memerhatikan profile picture awek-awek yang cun dekat dalam fesbuk tu. Bagi gua, kerja memerhati profile picture fesbuk orang ni memang dah jadi rutin. Sampai member gua cakap gua ni seorang 'stalker' yang tegar. Mana yang cun, gua add jadi friend. Mana muka budak laki yang bajet-bajet K-POP ataupun kumpulan M-POP VIP dekat Malaysia ni, semua gua maki. Kenapa nak sebok samakan budaya Korea dengan budaya kita? be creative lah..HAHA..

Okay. Gua nak cerita tegak. Cerita dia bermula lebih kurang macam ni. Masa gua tengah sedap lepak layan lelong dengan fesbuk tu, masa ni gua tak boleh nyalakan rokok. Pasal gua ni jenis yang tak smoke dalam rumah. Even dekat rumah sewa gua dulu pun gua tak hisap rokok dalam rumah. Memang dah jadi prinsip gua untuk tidak menghisap rokok sewaktu di dalam rumah. Tiba-tiba, gua terdengar satu bunyi dentuman yang amat dasyat. Gua tertanya-tanya mana datangnya bunyi dentuman tersebut. Mulut gua terus lincah membacakan satu dua potong daripada ayat suci AlQuran. Gua pun tidak pasti apa yang gua bacakan. Barangkali surah-surah lazim di belakang AlQuran. Orang tua-tua kata, kalau takut bacalah ayat kursi. Tapi masa tu ayat kursi haram taknak keluar. Padahal gua dah hafal dah masa darjah tiga sekolah agama dulu. Tiba-tiba..

"PRAPAPAPAP!!"

 Bunyi itu terdengar lagi dan kali ini, bunyi itu mendatangkan symptom yang bahaya terhadap suasana pada malam tersebut. Ternyata...

"PAP!"

Bekalan eletrik dekat rumah gua  terputus.

"Gua dah lah duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Lagi lu nak main-main kan!!"Herdik gua dalam hati. Nak cakap kuat-kuat tak berani. HUHUHU

Perlahan-lahan gua nyalakan lampu pada telefon bimbit dan bergegas turun ke bawah untuk menghidupkan semula suis utama. Masa dalam perjalanan turun ke bawah, gua terasa bagai ada titisan cecair yang jatuh keatas kulit gua yang mulus ibarat Puteri Gunung Ledang ini. Wahhh!..Ehem..Orang tua-tua kata, kalau lu orang terasa ada titis-titis cecair yang jatuh mengenai lu orang dari atas, mungkin disitu terdapatnya kehadiran hantu balan-balan ataupun lebih mesra digelar hantu "Penanggal" di kawasan semenanjung Malaysia ini.

Gua jadi semakin takut. Langkah gua untuk turun ke bawah menjadi semakin pantas. Jarak 17 anak tangga menjadi semakin jauh sahaja rasanya. Padahal selalu tangga ini lah yang gua lompat tiap-tiap kali hendak turun makan.



***



Apabila sampai di bawah, gua masih tercari-cari panduan untuk ke dapur kerana di dapurlah terletaknya lampu suluh penguasa Bomba yang bapak gua dapat masa dia kerja Bomba dulu. Sekarang dia dah pencen. Gua dengan cerita lampu suluh tu boleh berfungsi masa dalam air. Tapi gua tak tahu lah cerita ni sahih ke tidak sebab gua pun masih belum cuba eksperimen tu. Gua takut kalau gua try nanti lampu tu rosak lah pula. Dah lah lampu suluh tu memang rare. Memang tiada jual di pasaran.

Masa gua sedang fokus mencari arah untuk ke dapur, tiba-tiba,,

"Man!..Man!!..,Man!!!.."

Gua terdengar ada suara yang memanggil gua dari ruang tamu. Perasaan gua menjadi semakin cuak yang gila babi punya cuak. Perasaan yang tadi tu gua boleh handle lagi. Tapi kali ni gua memang betul-betul cuak. Gua beranikan diri untuk mencari arah suara tersebut. Tiba-tiba gua terdengar lagi suara memanggil, lalu berkata:

"Man!..pergi amek kain lap dengan baldi kat dapur..hujan lebat gila babi ni..abes bocor siling..menitik air ni..cepat!kang banjir rumah kang sape nak kemas?ish..tak pernah aku kena SERANGAN hujan yang macam ni..sampai blackout..bocor pulak tu!!"

Gua nampak brader gua tengah sebok-sebok tadah air hujan pakai cawan yang dia guna tadi. Dalam masih ada baki separuh air oren yang dia minum. Muka hampeh bercampur serius. Gua malas nak betah kenangkan air oren dia tu. keh keh keh

3 comments:

Ibtisam Najmi said...

gaya penceritaan menarik giler bro.buat masuk pekse konfem a++ lah...

Unknown said...

sengal lah kau. perasaan aku skrg seram brcmpur tak thn nak gelak.sengal la kau~~

luqman eshak said...

hahahaha...gua banyak influence filem orang putih la ni..tenkiu2x...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like