Habis je interview, gua terus keluar beli air 100 plus 3 cawan..penat siak!
Showing posts with label bola. Show all posts

August 11, 2011
Mak!! Im On...Err...Im On Online Newspaper!!
Ini Baru Real..Gua haritu lupa nak cerita pasal gua kena interview dengan reporter dari Berita Harian..Masa gua tengah bersorak-sorak panggil nama Safee Sali dengan Amirul Hadi, brader sebelah gua dah pandang gua hampeh je..sampai je Safee Sali masuk dalam restroom, brader tu terus cakap nak blah..gua siap-siap salam dia, lepastu sambung balik bersorak walaupun lampu didalam stadium sebahagiannya telah ditutup. Mana tak nya, semangat gua masih tengah up tengokkan team Ultras Malaysia masih lagi bersorak..
August 8, 2011
Malaysia vs. Singapura-pura Second Leg Bahagian Dua
Sampai dekat luar stadium, sambil menyalakan sebatang rokok. Gua tanya dekat brader gua.
"Der, berapa lama nak tunggu ni?gua dah sangap nak tengok padang dah.."
Brader gua tengok buat muka tak tahu. Gua actually tak dapat tangkap apa yang difikirkannya. Gua syak maybe dia ada masalah dengan pihak FAM kerana pada zahirnya, tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil cuma boleh memuatkan seramai 80, 000 penonton sahaja. Tapi, secara visualnya, gua yakin yang hadir pada hari tersebut melebihi dari seratus ribu orang.
"Gila!",herdik gua..
Sambil menunggu di luar stadium, gua dah siap-siap beli burger empat bijik dengan air mineral satu botol. Buatnya gua gastrik dekat dalam stadium tu karang, dah menyasar nak cari makanan. Masa dekat luar tu, gua tertarik dengan satu brader ni. daripada gayanya, gua syak yang dia ni tengah mencari seorang dari membernya. Namanya "Aboy". Macam mana gua boleh tahu nama member dia "Aboy"? Ofkos la gua tahu. Sebab dari tadi dia asyik teriak nama tu. Gua ada syak jugak mungkin si "Aboy" yang pegang tiket dia. Hari ini gua penuh dengan rasa syak wasangka.
5 minit sebelum wisel mula ditiupkan, semua member brader gua dah gather dekat luar stadium. Semua dah ready nak masuk stadium. Tapi gua tengok dekat luar orang masih lagi ramai menunggu giliran tiket dikoyakkan oleh anggota RELA yang bertugas di pintu pagar masuk.
Apabila wisel mula ditiup, perjalanan orang yang ingin masuk ke stadium menjadi semakin lancar. Apabila tiba giliran gua, gua lihat anggota RELA yang bertugas di gate tadi dah hilang entah ke mana. Gua bermonolog..
"Pehh..siut punya RELA..ni kerja nak tengok bola free la ni.."
Bila masuk di dalam perkarangan stadium, gua terus bergegas naik ke tingkat 3 stadium. Mencari tempat untuk menyelit.
15 minit perlawanan bermula, gua dengan brader-brader masih lagi tak dapat tengok padang pun. Pergi dekat belakang toilet, penuh. Pergi dekat tempat masuk padang, penuh. Pergi dekat belakang tiang gol, penuh. "Sial!" herdik gua dekat seorang mamat ni.."takpa..gua tunggu wisel halftime.." Apasal gua tunggu wisel halftime? Bila wisel ditiup, time tu lah ramai orang nak pergi toilet la, pergi beli air lah, dia tak tahu yang gua dah ready nak ambush. HAHA..
Sambil menunggu untuk masuk ke seat apabila wisel tamat separuh masa pertama ditiup, gua sedang enak menikmati burger sejuk yang gua beli tadi. Dah lah sejuk, brader jual burger tu boleh ketuk gua sampai RM 2 sebiji? Masa tengah tunggu tu, ada lah satu brader ni dengan Family dia, sebelas orang semua sekali. Dia beli tiket grandstand pun tak dapat masuk, apa lagi gua yang tiket hanya free seat. Gua kesian tengok dia. Tapi kesian gua tak dapat nak bawa dia masuk ke dalam ruang grandstand tu pun.

| ni hah brader yang gua cerita tu..nampak kertas dia tulis apa?.."Aboy" |
***

Masa gua dah dapat masuk dekat seat tu, gua tergamam. Gua cakap "Tak sangka begini ramai orang nak sokong skuad Harimau Muda ek.?".
![]() |
| lu orang nampak tak apa yang gua bulatkan tu?lu orang nak tahu apa ybenda tu?klik sini |
Sampai hujung game, gua boleh buat conclusion sebab apa team Malaysia kalah. Sesuai dengan tajuk entry gua~ Singapura-pura. Sikit-sikit sakit. Habis game, Semua player Singapore kena baling botol. HUH~~
hujung-hujung tiket gua pun tak koyak. Ni semua kerja RELA. Tahu jadi macam ni, tak payah gua susah-susah beli tiket nak masuk stadium.
Gua belum cerita lagi pasal lubang masuk stadium pakai line FRU dengan brader yang cari member dia "Aboy" tu.

August 7, 2011
Malaysia vs. Singapura-pura Second Leg Bahagian Satu
Hari tu gua ada pergi stadium Nasional Bukit Jalil tengok Malaysia vs. Singapura-pura. Okay. Cerita dia bermula macam ni.
Satu hari, gua ada dengar satu perbualan telefon brader gua dengan member dia. Dia cakap dengan takde budi bahasanya..
"Weh Badrul..lu kumpul budak sape nak pergi stadium tengok Malaysia lawan singapondan..gua nak jawapan malam ni.."
Actually, gua tak tahu pun apa nama member dia tu. Gua hentam je nama dia Badrul.
Then, bila gua dengar macam tu, gua tiba-tiba rasa eksaited dan dalam hati gua cakap,
"gua kena follow..gua kena follow.."
Gua takde buang masa, gua terus luahkan hasrat gua dekat brader gua dan dia bagi respon yang positif. Malam tu gua dah usaha cari jersey Malaysia dekat bandar muar ni. Tapi tak jumpa. Pasal apa tak jumpa? Pasal banyak budak dah beli lah. Gua ada jugak usya dekat bundle ABC dekat bandar tu, tapi brader tu cakap..
"Adik, jersey Malaysia semua dah habis. Tinggal saiz S je lah.."
Dalam hati gua cakap brader ni memang betul kuat menganjing.
Besoknya, before gua gerak pergi stadium. Member brader gua, Bad nama dia. Ntah Badrul ke apa, yang tu gua tak heran. Yang penting hajat gua tercapai. Haha.
Kami gerak dari muar ni almost dalam pukul 4 sebab tunggu gua berak ama sangat. Then masa OTW pergi sana, gua sempat singgah kedai Aunty, nak beli bendera Malaysia. Yelah. Takkan nak pergi sana dengan tangan kosong je kan. Nanti apa pula Safee Sali cakap member baik dia ni. Dah la tak pakai jersey "Harimau Malaya", bendera pun tak bawa. Nak jadi apa?harap bawa wisel je..

muka gampang
Petang tu, brader Badrul or Bad or whatever crap pecut kereta dia sampai Bangi hanya ambil masa 1 jam sahaja. Dia bawak kereta gila babi punya laju, tapi jenis tak rasa punya laju. Macam mana dia buat gua pun tak tahu.
Why kami turun bangi?
Okay. Kat sana kami kena jemput sorang lagi member brader gua. Actually, dia ni lah yang belikan tiket and sebab dia ni kerja KL, so dia taw mana nak cilok jalan KL ni. Bayangkan gua sampai bangi pukul 5 dan macam mana gua boleh sampai stadium on time tanpa sangkut jem orang balik kerja plus jem orang nak pergi stadium. Hebak boh..

Sampai je dekat sana, gua rasa gua park kereta ada dalam 10 kilometer jauh dari stadium. Tapi dekat sana gua dah dengar bunyi air horn dengan bunyi vuvuzela. Memang havoc jenis gila babi punya havoc.
Gua jadi tak sabar nak tengok game ni. Gua jadi tak sabar.......

Subscribe to:
Posts (Atom)